Sunday, 26 July 2009

Lawatan ke Cameron Highland

Pada 26 Julai 2009 yang lalu, seramai 11 orang anak-anak PJRIIP dan anak- anak ahli jawatankuasa PJRIIP mengikuti lawatan ke Cameron Highlands bersama 4 orang AJK PJRIIP. 
Mereka juga melawat ladang teh, kebun bunga, pasar buah-buahan dan sayuran di MARDI.


bersama AJK PJRIIP
mendengar sedikit tazkirah


di kebun teh

Saturday, 4 July 2009

Latihan Kebakaran PJRIIP

Pada 4 Julai 2009, PJRIIP dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Keselamatan telah mengadakan suatu sesi khas untuk penghuni-penghuni di PJRIIP berlatih untuk menghadapi kebakaran.

Program ini memuatkan sesi taklimat secara lansung daripada pegawai bomba yang hadir dan sesi praktikal memadamkan api sebagai latihan kepada para penghuni. Latihan kebakaran ini amat penting sebagai langkah keselamatan untuk menghadapi sebarang perkara yang tidak diingini di masa hadapan.

Para penghuni tekun mendengar taklimat.



Pembentangan power point daripada Jabatan Bomba dan Keselamatan

Demonstrasi

Penghuni PJRIIP diberi peluang mencuba