Projek PJRIIP

Projek Utama PJRIIP
Hasil daripada pengendalian kes-kes yang dirujuk oleh pihak hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Perak serta maklumat bahawa pusat perlindungan bukan Islam bersedia menerima wanita, remaja dan kanak-kanak beragama Islam yang memerlukan perlindungan dan bantuan, maka PJRIIP perlu diwujudkan bagi:
  •          Membantu dan mendidik pelajar-pelajar berpotensi yang memerlukan bantuan
  •          Menyediakan tempat perlindungan dan mencari pekerjaan bagi yang memerlukan
  •      Mewujudkan projek-projek tertentu bagi menjana dana PJRIIP dan membantu ibu-ibu tunggal/susah dari segi ekonomi
Menyedari tentang keperluan ini, Pusat Jagaan Rumah Ihsan Ipoh dibangunkan dengan objektif menaik taraf sosio-ekonomi dengan memfokuskan kepada pendidikan dan penjagaan secara professional dan tersusun.

Kesinambungan Projek PJRIIP
PJRIIP mengajak anda semua untuk sama-sama menyertai peluang beramal ini. AJK PJRIIP mengadakan ziarah dan lawatan, mendekati dan mengenal pasti insan-insan yang memerlukan bantuan daripada kita yang lebih bernasib baik.
Ada di kalangan anak-anak ini terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membiayai persekolahan mereka dan masalah-masalah lain. Termasuk juga remaja yang telah tersalah langkah dalam perjalanan hidup, dan wanita/ibu tunggal yang terbiar kerana pelbagai keadaan yang menghimpit kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment