Monday, 23 April 2012

Lawatan ke ZOO TAIPING

Bagi merakam saat-saat yang indah dalam ingatan anak-anak kecil dari PJRIIP, satu lawatan ke ZOO TAIPING telah dibuat. Lawatan ini telah lama dirancang dan hanya menanti saat yang sesuai untuk direalisasikan. Maka, tarikh 22 April 2012 telah dipilih setelah mengambil kira faktor kelapangan waktu. 

Perjalanan bermula pada jam 9.30 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Hajjah dan dibantu oleh seorang penyelia PJRIIP. Seramai 9 orang penghuni dibawa ke Zoo Taiping bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka akan hidupan haiwan yang terdapat di zoo. Turut serta dalam lawatan ini adalah suami Cikgu Hajjah berserta anak-anak dan seorang kawan. 

Lawatan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Lawatan selesai pada jam 3.30 petang dan kami bertolak pulang.













Friday, 20 April 2012

PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT 2012

Pada hari Ahad bersamaan 25 Mac 2012 yang lalu, Pusat Jagaan Rumah Ihsan Ipoh (PJRIIP) telah mengadakan 'Program Pemantapan Solat 2012' khusus untuk penghuni PJRIIP. Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada penghuni yang berusia antara 5-12 tahun terlibat dalam program ini. Kelansungan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan  dan penambahbaikan pengetahuan penghuni berkaitan solat.

Antara tenaga pengajar yang menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini adalah Cikgu Hajjah, Cikgu Miza, Ustazah Rohana, Kak Azra dan Kak Wajihah. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang ini dibahagikan kepada 4 sesi dimana setiap sesi memperuntukkan masa selama 1-2 jam. 

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Cikgu Hajjah yang menerangkan serba ringkas perjalanan program kepada peserta. Sesi pertama dikendalikan oleh Cikgu Miza yang merangkumi 'Pengenalan Ibadat Solat'. Sesi kedua dikendalikan oleh Kak Azra berkenaan 'Teori dan Amali Wuduk'. Setiap peserta diajar cara mengambil wuduk yang betul bagi dipraktikkan dalam melakukan ibadah yang sempurna. Sesi ketiga  dan keempat diteruskan oleh Ustazah Rohana dan Kak Wajihah iaitu 'Teori Solat' dan 'Praktikal Solat'. 

Di akhir program,  Cikgu Hajjah bertindak selaku penutup program dan diceriakan dengan persembahan nasyid oleh peserta-peserta program. Diharapkan ilmu yang diperolehi dari 'Program Pemantapan Solat 2012' ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penghuni PJRIIP dalam melaksanakan ibadat solat yang sempurna. Jutaan terima kasih diucapkan kepada individu yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam memastikan kelancaraan program ini. Sekian.

*Pengenalan Ibadat Solat bersama Cikgu Miza

*Penerangan teori wuduk

*Teori wuduk bersama Kak Azra

*Kak Azra menunjukkan cara mengambil wuduk

*Teori solat bersama Kak Wajihah

*Ustazah Rohana memulakan Praktikal solat

*Praktikal solat bersama Ustazah Rohana

* Peserta melaksanakan praktikal solat 

* persembahan nasyid dari penghuni PJRIIP